Sunday, April 22, 2012

with love, HB

620422 
Yay its a special day..a birthday of someone who means a lot to me.. 
The most powerful man to conquer my heart with no trial or attempt :) 
You already have the fullest love from the first day i see you and the world.. 
You are the one who introduced me first the kalimah Allah,my greatest creator 
You provide me with the best shelter and extra love 
You scold me to strenghten my inner me 
You never hesitate to let me know when i'd been bad 
You give me strength when the world is all above me 
You protect me from any harm the world and the people inside could do 
You suprise me with things i will never forget 


And it can take years n tears to list everyting down in here because every second of your life, i know you never skip to bring the best to our family 
There is no man whom i respect more or whom im proud of more..theres no word to express but actions to impress 
I'll prove you one day and of course to the days after 
That i'll become one of ur wish..to see me working as a doctor and help people with sincerity and humanity, 
I'll be a good reflection of you insyAllah as long as you never stop remind n advise me :) 





Happy birthday abah! I love you!Mama loves you! And adik2 love you! Happy 50th!! :D

Thursday, April 19, 2012

takda tajuk

word this!

hold up
hold on
dont be scared
you'll never change whats's been and gone
may your smile shine on
your destiny may keep you warm

cause all of the stars
have faded away
just try not to worry
you'll see them someday
just take what you need
and be on your way
and stop crying your heart out

cause we are the stars
we're fading away
just try not to worry
you'll see us someday

STOP CRYING YOUR HEART OUT~

-OASIS-

Monday, April 9, 2012

EGO

ini adalah sesuatu yg dibelajar dari usrah..yee usrah di mana kita berkongsi ilmu..
Orang urban kalau dengar usrah, mesti kata "elehhh, bajet alim dia neh"
apapun, aku bukan cuba untuk buat bajet. Tapi aku tengah edit. Bila dah abeh edit baru boleh fikir cara nak buat bajet okeh :p
tapi aku kat sini bukan untuk berceramah, cuma untuk berkongsi ilmu orang ke aku yang aku fikir sangat bagus untuk diturunkan kepada golongan kita-kita sekarang ne

EGO

Semua org tahu ego tu apa. Ada yang berpendapat ego lelaki lebih tinggi dari perempuan.
Ada yang kata ego itu style, nampak macho, baru cool
Ada yang kata ''Dengan ego, aku dipandang tinggi tahu"

okay lah fine, yang di atas tu, aku yg berkata..kalau korang pun turut berkata yang sama, nampaknya kita lebih kurang

Okay sekarang baca yg ini:
Abu Jahal pernah berkata sesungguhnya tiada penipuan dalam semua ajaran yang Nabi Muhammad bawa tu..Semuanya adalah benar. Tapi apa yg menghalang dia daripada menerima Islam adalah kerana hendak menjaga maruah puak (tribe) dia.
" Kita dan Bani Abd Munaf (Bani Nabi Muhammad) sentiasa bersaing untuk honor atau respect. Mereka bagi makan kepada orang yg mengerjakan haji, kita pun buat. Mereka tolong orang susah, kita pun tolong orang susah. Setiap kali mereka memberi, kita pun beri. Kita memang dah sama level kalau nak compare..tapi SEKARANG! Diorang ada Rasul yang terima ayat al-Quran dari Allah..Kita??mana nak dapat Rasul tu? Sebab itu la kita tak akan boleh sesekali menerima dan akan terus buat org lain xpercaya jugak!" dengan EGO nya dia berkata


Nampak takk...Pengakuan itu ada, tetapi tak dapat menerima. inilah yg dikatakan ego

Nikmat Islam tu adalah nikmat terbesar bagi semua umat Islam..
Jadi nya, untuk memendekkan usrah maya ne,
Dengan ego, kita boleh hilang kebahagian yg besar. Semoleknya, kita try sama2 buang ego yg ada dalam diri masing2 okeh.
menjaga maruah dan bersikap ego adalah dua benda yg berbeza ok?jangan confuse. Golongan perempuan masih perlu menjadi mahal kepada golongan lelaki and vice versa. Tapi barang kalau terlalu mahal sangat, last2 tempatnya jadi di museum ;)
Kita boleh jual mahal untuk sesuatu perkara, tapi jangan menafikan kebenaran kerana rasa diri kita lebih bagus dari orang lain.
Selalunya kes ego ada dalam scene bergaduh. Masing masing tak mahu mintak maaf. Sebabnya manusia memang susah mengaku bersalah. Itu lumrah hasutan syaitan ke kita, bukan lumrah diri kita sendiri. So, let's fight syaiton!
Bukan ke lepas minta maaf hati kita akan sedikit tenang?walaupun Sorry seems to be the hardest word, it can still be the easiest way to achieve happiness.
Amboiii pandainya aku berkata-kata kann..bukan nak buat bagus, sebenarnya memang tengah self-reflect jugak ni..bercakap depan screen computer aku ne pun ada relfection sama mcm cakap depan cermin..bawak bawak la berhenti mengata aku :p

lastly, marilah kita sama2 buang ego tak boleh ditegur, ego tak boleh minta maaf, ego itu ego ini..taknak jadi Abu Jahal kan??haaa tau takottt..

renung2 kannnn..dan selamat beramal! -mainstream

-Aku-

Tuesday, March 27, 2012

Thursday, March 22, 2012

changing relationship facebook



heheh..pertama tama sekali..ingin lah saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengambil bahagian dalam CHANGING RELATIONSHIP STATUS ini..

bukan apa..nak juga mengetest pandangan org selain mengetest perasaan diri sendiri..haha!
dari mulanyaa status tu up kat facebook, kemain cepat org like..yang xpernah pernah wujud untuk like status aku pun terus datang singgah like..terharu pun ada.. dalam diorang buat2 tak nampak aku selama ne, masih juga ada prihatin..keh keh keh

manusia memang sukakan kontroversi rupanya..hehe..termasuk aku lah kan..kita tatau kebenaran sahih atau tidak, terus percaya..rupanya facebook telah menjadi antara salah satu kepercayaan masing-masing..hihi..

selain itu, rupanya ramai jugak nak aku ne be in relationship..apa korang dah bosan gamaknya tengok aku merewang sesorg ye?hahah!tapi mungkin jugak perasaan like tu datang dengan kekecewaan ye dok?ekekeke..bajet retis kejap..apa2 pun, aku faham, berdua lebih baik..bak kata siapa entahh.. two is better than one ye dok? :p

bagi kawan karib saya, u know me better..jangan lahhh dengan sekali up status gitu, tros percaya..risau saya, tahu?karang ada benda2 org lain tipu awak pasal saya, awak terus percaya bulat2 xtanya saya duluu..okeh?jangan jangannn!!jangan percaya benda yg sekali pandang ok?heheh..

satu lagi, kata org, kalau dah be in relationship, nanti market jatuh..adakah fesbuk tempat korg cari market?cari kawan sudah lahhh..bercinta di fesbuk xkemana laaa..walaupun lagu najwa latip Cinta Muka Buku femes, korg tak payah laaa nak ikot bercinta di fesbuk ok?tah sesiapa tah yg korg kenal di situ

bagi yg bebetol kenal aku, dorang tahu xkan sesekali aku hebohkan status aku melainkan kalau aku dah kahwin..setakat in relationship, tak payah laa nak confident sangat nak heboh..hehe..bukannnya aku tak percaya pada keutuhan be in relationship, cuma benda tak pasti, jangan lah dibanggakan..ok cukup lah setakat ini..all the best korg!thanks again for taking part!heheheh

method:
-tukar status from single to in relationship kat facebook selama kurang dari 30 minit

results:
gain likes secara pantas..tak seperti selalu selalu
teros datang bagai chat tanya

p/s no offence :)

limitation:

-masa yg sekejap
-aku dah terlebih awal heboh kat twitter nak buat experiment..kalau tak, mesti abe percaya
-time difference..ramai tga poie riadah solat kat mesia dan di newcastle sedang tido
-bukan artis..xbanyak peminat..participant sikit



nak tukar balik status tuh. karang ada yg menangis teresak2 tak tido malam ehek :p




-Aku-

Saturday, March 3, 2012

lelaki sweet

hari minggu hari bersuka ria dalam bilik..tapi xde la ria camno sgt punn..kemas2 bilik, makan banyak2, layan sedas dua das movie, baring macam maktok, golek2, melilau dalam rumah..inilah keje2 busy aku di hujung minggu..
dalam tungtang2 kemas2 bilik, bukak kotak azimat, ternampak lah ini



yeahh..seutas gelang diamond bertatahkan permata yg pernah dipakai Kate Middleton sempena satu majlis makan besar sambutan hari raya di Pulau Penang..ok aku tipu..gelang ne biasa2 je, tapi selalu berkilau di hati aku :p

ianya pemberian seorang lelaki. masa tu kami berholiday atas urusan kerja di Indonesia. aku bekerja sbagai secretary dia lah..itu je yg aku mampu tolong. sebab sayang kan, cemana pun nak tolong la jugak..lagipun ditawarkan gaji yg lumayan, siapa taknak kann :p

ok kembali ke kisah cemana gelang di boleh ada di tgn aku yg dirampas dari tangan Kate Middleton. satu hari, kami berdua jenjalan lahh di kota Medan setelah penat bekerja. macam biasa, bukan waktu kerja, aku pun pakai lah tshirt ngn jeans je..lelaki tuh pun berpakaian rileks je..kami pergi makan kat tempat feveret kami dua, iaitu Nelayan Restaurant, di mana aku dah bantai berbekas2 dimsum. kemain rancak aku mintak tambah order..dah nama pun org belanja kan, apa lagi..buat kerja order sudah..dah boroi2 semua, ktorg pun mula lah sesi cuci mata beli belah..

dia suka nak masuk kedai kasut..katanya nak belikan kasut untuk seorang perempuan..hampir semua kedai dia masuk, pilih2 kasut, lepas tu tanya aku cantik ke tak..mestilah aku cakap semua tak cantik. tapi memang pun xcantik..kalau ada yg cantik, nanti aku kaborkan lah. aku jujur sikit bab cantik tak cantik ne. satu lagi, kriteria pemilihan kasut lelaki ini, mesti nak cari yg kulittt original je..dah pesen2 kasut camni, mana lah nak kena ngn jiwa muda aku sangat ye dokk, jadi memang tak cantik sangat lah di mata aku.

dah bosan2 cari kasut, aku pun ajak la dia masuk kedai feveret aku dan perempuan2 lain. kedai accessories. kalau kat mesia tuh, kedai ala2 Forever21, Diva, Accessorize gitu laaa..aku belek2 getah rambut, sepit2..yg mana berkenan aku masuk bakul. dia pandang je aku. sesekali, dia pun belek jugak la getah2 rambut budak2 yg comel2 yg riben2 tu..tapi dia tak beli la. sejujurnya, xselesa jugak aku nak memilih bila ada org pandang2 neh..aku pun terpaksa memilih dengan berhati2.

tetiba aku terpandang banyak2 gelang. kilau dia masa first time tgk, memang buta sekejap la mata aku. mula lah otak aku ligat fikir ke mana aku boleh nak pakai gelang ne kalau aku beli..and apa reason aku nak cakap ke dia aku nak gelang nii..

"boleh tak tifa nak beli gelang ne?cantik kan?"

"ish..nak buat apa?membazir lah..tak payah tak payah..ne dah mengarut dah ne nak beli2"

semakin ligat plak otak aku memberi bantuan..

nanti boleh tifa pakai dengan coat haritu. cantik sikit kalau ada gelang kan?tak pun nanti boleh pakai masa dinner mana2 ke..boleh laaa boleh laaa pleaseeeee..." aku dah macam budak gedik meminta2..tapi aku xkisah, janji dapat

dengan tegasnya, lelaki tuh menjawab, "TAK PAYAH!"

FINE! kali ne aku surrender lahh..nak bayar sendiri pun, duit kat dalam poket mana nak cukup..aku pun keluar laaa dengan muka masam sambil jeling2 keliling. lepas tu mood nak beli apa2 pun dah macam berkurang..aku layankan jelaaa apa yg si dia ne nak beli..semua benda dia tanya aku, aku jawab ok..dah lama2 tuh, letih pulak aku nak buat2 merajuk..ingt tak lenguh ke muscle2 muka nak buat monyok setiap masa?aku pun kali keduanya serrender..kembali happy..

kami teruskan perjalanan naik beca turun beca, lintas jalan, lari2..sungguh penat bersiar2 haritu..sekembalinya ke hotel, aku pun cop lah nak mandi dulu..dah melekit2 dah badan ni mcm gam tertumpah kat badan. lepas aku mandi, aku keluar aku tgk kat hujung katel ada gelang yg aku nak sangat2 tadi. gila melompat tahap surprise aku!hahahhahaha!yay!!!!!Dia belikan jugak untuk aku gelang ne

"bilamasa yg beli ne?awat tfa xpasan pun??"

senyum je dia ke aku.." terer tak?nak buat apa pun, kena pandai, cepat dan smart ah" sempat lagi dia selitkan nasihat

aku sebenarnya tak terkata apa2 jugak dengan kemanisan ni..maksud aku sweetness lelaki ne..pertama2 kali aku tgk dia sweet sangatttt..sebelum ne asek nak marah2 aku jeee..aku buat salah sikit, kena marah..aku handle salah sikit, kena sembur lagi..and dengan perangai yg suka melawan jugak ne, aku pun selalu jugak lawan balik untuk mempertahankan hak, tapi apakan daya, seorang bos masih tetap mempunyai kuasa veto..aku pun berdiam kembali setiap kali kena marah. tapi lepas peristiwa ne, aku rasa dia ne walaupun dok marah2 aku, aku tahu marah2 dia untuk aku bekerja dengan lebih cekap dan pantas. dia tak suka aku buat kerja sambil lawa, buang masa..banyak betol pengajaran belajar jadi secratary tak bertauliah neh

sungguh istimewa lelaki ini dalam hidupku..
nak tahu siapa kah?
jeng jeng jengg..inilah lelaki sweet yg dimaksudkan





Perempuan yg dia nak belikan kasut tuh ialah untuk mama aku yg selalu di hati dia
and getah2 rambut budak2 yg dia usya2 tuh adalah untuk anak2 perempuan dia

you've proved me that actions speak louder than words.
TERIMA KASIH ABAH! :D