Saturday, March 3, 2012

lelaki sweet

hari minggu hari bersuka ria dalam bilik..tapi xde la ria camno sgt punn..kemas2 bilik, makan banyak2, layan sedas dua das movie, baring macam maktok, golek2, melilau dalam rumah..inilah keje2 busy aku di hujung minggu..
dalam tungtang2 kemas2 bilik, bukak kotak azimat, ternampak lah ini



yeahh..seutas gelang diamond bertatahkan permata yg pernah dipakai Kate Middleton sempena satu majlis makan besar sambutan hari raya di Pulau Penang..ok aku tipu..gelang ne biasa2 je, tapi selalu berkilau di hati aku :p

ianya pemberian seorang lelaki. masa tu kami berholiday atas urusan kerja di Indonesia. aku bekerja sbagai secretary dia lah..itu je yg aku mampu tolong. sebab sayang kan, cemana pun nak tolong la jugak..lagipun ditawarkan gaji yg lumayan, siapa taknak kann :p

ok kembali ke kisah cemana gelang di boleh ada di tgn aku yg dirampas dari tangan Kate Middleton. satu hari, kami berdua jenjalan lahh di kota Medan setelah penat bekerja. macam biasa, bukan waktu kerja, aku pun pakai lah tshirt ngn jeans je..lelaki tuh pun berpakaian rileks je..kami pergi makan kat tempat feveret kami dua, iaitu Nelayan Restaurant, di mana aku dah bantai berbekas2 dimsum. kemain rancak aku mintak tambah order..dah nama pun org belanja kan, apa lagi..buat kerja order sudah..dah boroi2 semua, ktorg pun mula lah sesi cuci mata beli belah..

dia suka nak masuk kedai kasut..katanya nak belikan kasut untuk seorang perempuan..hampir semua kedai dia masuk, pilih2 kasut, lepas tu tanya aku cantik ke tak..mestilah aku cakap semua tak cantik. tapi memang pun xcantik..kalau ada yg cantik, nanti aku kaborkan lah. aku jujur sikit bab cantik tak cantik ne. satu lagi, kriteria pemilihan kasut lelaki ini, mesti nak cari yg kulittt original je..dah pesen2 kasut camni, mana lah nak kena ngn jiwa muda aku sangat ye dokk, jadi memang tak cantik sangat lah di mata aku.

dah bosan2 cari kasut, aku pun ajak la dia masuk kedai feveret aku dan perempuan2 lain. kedai accessories. kalau kat mesia tuh, kedai ala2 Forever21, Diva, Accessorize gitu laaa..aku belek2 getah rambut, sepit2..yg mana berkenan aku masuk bakul. dia pandang je aku. sesekali, dia pun belek jugak la getah2 rambut budak2 yg comel2 yg riben2 tu..tapi dia tak beli la. sejujurnya, xselesa jugak aku nak memilih bila ada org pandang2 neh..aku pun terpaksa memilih dengan berhati2.

tetiba aku terpandang banyak2 gelang. kilau dia masa first time tgk, memang buta sekejap la mata aku. mula lah otak aku ligat fikir ke mana aku boleh nak pakai gelang ne kalau aku beli..and apa reason aku nak cakap ke dia aku nak gelang nii..

"boleh tak tifa nak beli gelang ne?cantik kan?"

"ish..nak buat apa?membazir lah..tak payah tak payah..ne dah mengarut dah ne nak beli2"

semakin ligat plak otak aku memberi bantuan..

nanti boleh tifa pakai dengan coat haritu. cantik sikit kalau ada gelang kan?tak pun nanti boleh pakai masa dinner mana2 ke..boleh laaa boleh laaa pleaseeeee..." aku dah macam budak gedik meminta2..tapi aku xkisah, janji dapat

dengan tegasnya, lelaki tuh menjawab, "TAK PAYAH!"

FINE! kali ne aku surrender lahh..nak bayar sendiri pun, duit kat dalam poket mana nak cukup..aku pun keluar laaa dengan muka masam sambil jeling2 keliling. lepas tu mood nak beli apa2 pun dah macam berkurang..aku layankan jelaaa apa yg si dia ne nak beli..semua benda dia tanya aku, aku jawab ok..dah lama2 tuh, letih pulak aku nak buat2 merajuk..ingt tak lenguh ke muscle2 muka nak buat monyok setiap masa?aku pun kali keduanya serrender..kembali happy..

kami teruskan perjalanan naik beca turun beca, lintas jalan, lari2..sungguh penat bersiar2 haritu..sekembalinya ke hotel, aku pun cop lah nak mandi dulu..dah melekit2 dah badan ni mcm gam tertumpah kat badan. lepas aku mandi, aku keluar aku tgk kat hujung katel ada gelang yg aku nak sangat2 tadi. gila melompat tahap surprise aku!hahahhahaha!yay!!!!!Dia belikan jugak untuk aku gelang ne

"bilamasa yg beli ne?awat tfa xpasan pun??"

senyum je dia ke aku.." terer tak?nak buat apa pun, kena pandai, cepat dan smart ah" sempat lagi dia selitkan nasihat

aku sebenarnya tak terkata apa2 jugak dengan kemanisan ni..maksud aku sweetness lelaki ne..pertama2 kali aku tgk dia sweet sangatttt..sebelum ne asek nak marah2 aku jeee..aku buat salah sikit, kena marah..aku handle salah sikit, kena sembur lagi..and dengan perangai yg suka melawan jugak ne, aku pun selalu jugak lawan balik untuk mempertahankan hak, tapi apakan daya, seorang bos masih tetap mempunyai kuasa veto..aku pun berdiam kembali setiap kali kena marah. tapi lepas peristiwa ne, aku rasa dia ne walaupun dok marah2 aku, aku tahu marah2 dia untuk aku bekerja dengan lebih cekap dan pantas. dia tak suka aku buat kerja sambil lawa, buang masa..banyak betol pengajaran belajar jadi secratary tak bertauliah neh

sungguh istimewa lelaki ini dalam hidupku..
nak tahu siapa kah?
jeng jeng jengg..inilah lelaki sweet yg dimaksudkan





Perempuan yg dia nak belikan kasut tuh ialah untuk mama aku yg selalu di hati dia
and getah2 rambut budak2 yg dia usya2 tuh adalah untuk anak2 perempuan dia

you've proved me that actions speak louder than words.
TERIMA KASIH ABAH! :D

No comments:

Post a Comment