ini adalah sesuatu yg dibelajar dari usrah..yee usrah di mana kita berkongsi ilmu..
Orang urban kalau dengar usrah, mesti kata "elehhh, bajet alim dia neh"
apapun, aku bukan cuba untuk buat bajet. Tapi aku tengah edit. Bila dah abeh edit baru boleh fikir cara nak buat bajet okeh :p
tapi aku kat sini bukan untuk berceramah, cuma untuk berkongsi ilmu orang ke aku yang aku fikir sangat bagus untuk diturunkan kepada golongan kita-kita sekarang ne
EGO
Semua org tahu ego tu apa. Ada yang berpendapat ego lelaki lebih tinggi dari perempuan.
Ada yang kata ego itu style, nampak macho, baru cool
Ada yang kata ''Dengan ego, aku dipandang tinggi tahu"
okay lah fine, yang di atas tu, aku yg berkata..kalau korang pun turut berkata yang sama, nampaknya kita lebih kurang
Okay sekarang baca yg ini:
Abu Jahal pernah berkata sesungguhnya tiada penipuan dalam semua ajaran yang Nabi Muhammad bawa tu..Semuanya adalah benar. Tapi apa yg menghalang dia daripada menerima Islam adalah kerana hendak menjaga maruah puak (tribe) dia.
" Kita dan Bani Abd Munaf (Bani Nabi Muhammad) sentiasa bersaing untuk honor atau respect. Mereka bagi makan kepada orang yg mengerjakan haji, kita pun buat. Mereka tolong orang susah, kita pun tolong orang susah. Setiap kali mereka memberi, kita pun beri. Kita memang dah sama level kalau nak compare..tapi SEKARANG! Diorang ada Rasul yang terima ayat al-Quran dari Allah..Kita??mana nak dapat Rasul tu? Sebab itu la kita tak akan boleh sesekali menerima dan akan terus buat org lain xpercaya jugak!" dengan EGO nya dia berkata
Nampak takk...Pengakuan itu ada, tetapi tak dapat menerima. inilah yg dikatakan ego
Nikmat Islam tu adalah nikmat terbesar bagi semua umat Islam..
Jadi nya, untuk memendekkan usrah maya ne,
Dengan ego, kita boleh hilang kebahagian yg besar. Semoleknya, kita try sama2 buang ego yg ada dalam diri masing2 okeh.
menjaga maruah dan bersikap ego adalah dua benda yg berbeza ok?jangan confuse. Golongan perempuan masih perlu menjadi mahal kepada golongan lelaki and vice versa. Tapi barang kalau terlalu mahal sangat, last2 tempatnya jadi di museum ;)
Kita boleh jual mahal untuk sesuatu perkara, tapi jangan menafikan kebenaran kerana rasa diri kita lebih bagus dari orang lain.
Selalunya kes ego ada dalam scene bergaduh. Masing masing tak mahu mintak maaf. Sebabnya manusia memang susah mengaku bersalah. Itu lumrah hasutan syaitan ke kita, bukan lumrah diri kita sendiri. So, let's fight syaiton!
Bukan ke lepas minta maaf hati kita akan sedikit tenang?walaupun Sorry seems to be the hardest word, it can still be the easiest way to achieve happiness.
Amboiii pandainya aku berkata-kata kann..bukan nak buat bagus, sebenarnya memang tengah self-reflect jugak ni..bercakap depan screen computer aku ne pun ada relfection sama mcm cakap depan cermin..bawak bawak la berhenti mengata aku :p
lastly, marilah kita sama2 buang ego tak boleh ditegur, ego tak boleh minta maaf, ego itu ego ini..taknak jadi Abu Jahal kan??haaa tau takottt..
renung2 kannnn..dan selamat beramal! -mainstream
-Aku-